skip to Main Content

Jaga kewangan anda, guna teknik seperti Islamic Financial Planner

Sebagai seorang Certified Financial Planner dan Licensed Islamic Financial Planner, saya diberi peluang untuk berjumpa dengan beratus-ratus orang yang ada masalah kewangan tersendiri.

Di kala pandemik ini, ramai yang terjejas dan tidak tahu di mana patut mereka bermula dan bina semula keyakinan diri. Ada yang terus menerus dibelenggui hutang dan malu untuk mendapatkan bantuan secepat mungkin. Akhirnya, hutang makin bertambah dan perlu ke AKPK atau dijatuhkan bankrap.

Kursus online ringkas padat bersijil selama hampir 6 jam ini mengandungi teknik urus kewangan untuk bebaskan diri dari hutang. Bila hutang dapat dikawal, anda boleh mulakan perjalanan anda ke arah ‘financial freedom’. Sesetengah teknik ini juga dari pengalaman sendiri yang pernah melalui fasa berhutang enam angka.

Di dalam kursus ini, anda akan mendalami ilmu-ilmu:

1. Asas/foundation teknik urus kewangan
– Kuiz: audit kewangan anda
– Kewangan di era pandemik
– Tanggungjawab merancang kewangan dari sudut Islam
– Psikologi kewangan
– Homework

2. Pendapatan, perbelanjaan & teknik pelupusan hutang
– Kuiz: audit pendapatan & komitment anda
– Perbezaan pinjaman konvensional & Islamik
– Kenali hutang & kadar keuntungan
– Kepentingan duit simpanan untuk emergency
– Teknik langsaikan hutang
– Homework

3. Teknik perlindungan harta, kewangan & diri
– Jenis perlindungan
– Perbezaan pelan konvensional & takaful
– Adakah takaful sesuai untuk pelaburan
– MRTT, MLTT & Hibah
– Takaful sebagai persiapan kematian
– Homework

4. Pilihan pelaburan supaya tidak menjadi pe’lebur’an
– Jenis & pemilihan pelaburan
– Kiraan risiko & pulangan/ganjaran
– Kiraan pelaburan
– Homework

5. Bayaran cukai LHDN & zakat
– Siapa & kenapa perlu fail & bayar cukai
– Siapa & kenapa perlu bayar zakat
– Jenis jenis zakat
– Pengiraan cukai & zakat
– Pembayaran cukai & zakat
– Homework

6. Persiapan kewangan kematian & perancangan pusaka
– Perancangan pusaka
– Fahami kekuatan faraid
– Masalah masalah di dalam perancangan pusaka
– Instrumen untuk perancangan pusaka
– Nak meninggal dunia dalam keadaan berhutang atau tidak?

Semoga ilmu ini mendatangkan manfaat dan semoga anda dapat bangkit semula dengan mengamalkan penyusunan teknik kewangan seperti seorang Licensed Islamic Financial Planner.

Lawati link bit.ly/aisyacourse untuk belajar teknik urus kewangan. Ini adalah online recording, jadi anda boleh tonton pada bila bila masa.

Back To Top


Copyright 2022 © AISYA RAHMAN
Independent Financial Adviser. [F]

error: Content is protected !!